Projek Tepi : Ateh

Potret Konvokesyen UKM 1

Salam dan selamat sejahtera. Sesi kali ni adalah untuk kawan sekelas kat UKM dulu. Dia nak ambil gambar lepas majlis konvokesyen dia. Sesi ni datang tepat pada masanya sebab aku baru beli lens 50mm f1.8. Lens wajib ada untuk semua jurugambar. Ini lens paling berbaloi dari segi kualiti gambar dan harga.

Potret Konvokesyen UKM 2

Sebelum ni aku fikir aperture 1.8 tu tak berguna sebab apa yang aku faham, 1.8 tu sangat nipis. Macamana nak ambil gambar orang dengan sharp? Kalau aku fokus mata, telinga pun dah kabur. Rupanya aku silap. Silap besar lak tu.

Potret Konvokesyen UKM 3

Depth of field bergantung kepada focal length, jarak kamera dengan subjek dan juga aperture. Jadi secara ringkasnya, aku boleh guna aperture 1.0 sekalipun asalkan jarak kamera dengan subjek mencukupi. Untuk dapat idea yang jelas, boleh guna DOF calculator. Ada website dan apps yang memudahkan pengiraan DOF ni sekarang. Senang sikit.

Potret Konvokesyen UKM 4

Waktu lepas majlis konvo sangat terhad. Terutama sekali bila dengan keluarga. Jadi aku perlu bertindak dengan pantas. Nasib aku baik dan dapat ambil gambar semua orang guna lens baru yang aku tak pernah guna lagi. Berpeluh la jugak time ni.

Apa yang aku belajar dari sesi ni?

  • Bila aku offer sesi percuma, orang akan anggap aku ambil gambar biasa-biasa sedangkan aku cuba guna sesi ni untuk tambah pengalaman dan belajar. Jadi aku kena clear dan terangkan kepada mereka dengan jelas.
  • Lens prime sangat sharp! Walaupun lens f1.8 ni yang paling murah antara semua 50mm.
  • Aku kena belajar menggayakan orang 🙂

Setakat ni dulu dari aku,

Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Emel : dfakmal86@gmail.com
Laman Web : https://dzulfadliakmal.com/
Laman FB : https://www.facebook.com/dzulfadliakmalphotography

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s