Projek Tepi : Ina & Zarul

cruise tasik putrajaya

Salam dan selamat sejahtera. Hari ni aku nak kongsi sesi pre-wed kawan sekolah rendah aku dulu. Zarul dan Ina. Dua orang ni memang legend sebab takda siapa tau pasal diorang sampaila hari pertunangan diorang. Haha. Memandangkan diorang nak buat pre-wed dan aku dalam proses menambah pengalaman, aku offer untuk ambil gambar diorang.

IMG_3173

Idea naik cruise kat Tasik Putrajaya ni dari diorang sendiri. Aku follow je. Ini la peluang aku nak biasakan diri dengan lens 10-22 aku. Untuk crop body lens ni wajib ada untuk ambil gambar di kawasan sempit. Aku dapat bayangkan kalau job kahwin pun akan ada situasi macam ni nanti. Harga untuk seorang dewasa adalah RM30 kalau ada mykad. Untuk waktu cruise, boleh rujuk Laman Rasmi Cruise Tasik Putrajaya. Kitorang pergi ni waktu hari bekerja jadi tak ramai sangat orang. Kalau pergi waktu hujung minggu dah tentu lain keadaannya.

pre-wed cruise tasik putrajaya

Kalau korang nak ambil gambar waktu sunset, aku cadangkan semak waktu matahari terbenam. Sebab cruise ada pukul 6 dan 7.15 petang. Durasi adalah 45 minit. Waktu ni kitorang naik yang pukul 6. Jadi masa nak balik memang membelakangkan sunset.

pre-wed cruise tasik putrajaya

Antara benda yang aku perlu perbaiki adalah kawalan ISO. Waktu ni aku agak panik gak la sebab ada 45 minit untuk bekerja. Sampai lupa nak pilih RAW waktu mula ambil gambar. Pastu aku guna auto ISO. Kalau diberi peluang lagi sekali aku akan pilih ISO yang rendah dan mula dari situ.

pre-wed cruise tasik putrajaya

Kalau korang bertuah, kapten bot dengan senang hatinya bagi duduk dan pegang stereng. Tapi lepas dia letak auto cruise la. Kalau tak, mau ko langgar segala benda tepi tasik tu. Aku sangat-sangat berterima kasih dengan Zarul & Ina sebab bagi aku peluang ni. Aku rasa aku takkan habis belajar pasal kamera ni. Jadi aku akan sentiasa buat projek tepi macam ni. Kalau korang berminat, LIKE page aku kat FB kot-kot aku ada update pasal projek tepi macam ni lagi nanti.

Setakat ni dulu dari aku,

Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Emel : dfakmal86@gmail.com
Laman Web : https://dzulfadliakmal.com/
Laman FB : https://www.facebook.com/dzulfadliakmalphotography

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s