Salam dan selamat sejahtera. Apa yang aku sedar setakat ni adalah bukan senang nak cari orang untuk photoshoot percuma. Pelik kan? Mungkin sebab aku bukan jurugambar mahal-mahal kot. Well, ada ke jurugambar mahal bagi photoshoot percuma? Yang lagi menghairankan, bila aku cakap tempat adalah terhad baru la ramai yang nak mesej aku. Manusia memang suka benda percuma yang terhad je nampaknya. Aku akan cuba ingat benda ni untuk masa depan š
Kali ni aku ambil gambar orang yang aku jumpa pada tahun 2007. Farhani ni kawan kepada kawan aku Ejan. Aku jumpa dia waktu family day Kolej Dato’ Onn. Waktu tu tak bertegur sapa pun. Sekarang baru ada peluang nak berborak.
Kali ni aku berpeluang shoot di Bukit Cahaya Sri Alam. Lokasi dan basikal semuanya idea Farhani. Aku cuma merealisasikan je. Memandangkan ini pertama kali aku datang sini, aku sangat la tak bersedia. Dari segi logistik dan kecergasan. Aku patut lebih bersedia memandangkan nama tempat ni bermula dengan “Bukit”.
Kepada sesiapa yang nak shoot kat sini sila bawak air minum. Rookie mistake. Tapi yang bestnya, aku dapat cuba teknik panning yang biasa guna untuk ambil gambar sukan kereta atau motor. Memang seronok dan teringin nak cuba lagi. Terima kasih Azhar Radzi sebab bagi pinjam kamera. Aku sangat perlukan frame per second tu š
Perjalanan kitorang tak berakhir kat sini. Bila dah tengahari kitorang kena pulangkan basikal dan buat keputusan untuk ke Tasik Shah Alam pulak.
Kat tasik kitorang sambung lagi sampai pukul 2 lebih camtu. Dapatkan shot dengan props yang diorang bawak. Memang penat kali ni tapi sangat seronok.
Apa yang aku belajar dari sesi kali ni?
- Sketching sangat membantu tapi kena belajar disiplinkan diri untuk ikut sepenuhnya..hehe
- Aku kena belajar ambil gambar filler lebih banyak. Contohnya gambar detail basikal dan lokasi
- Aku kena belajar visualize sesi ni lebih lagi waktu cari idea. Sebab banyak gak idea keluar masa aku tengah edit gambar.
- Manusia perlukan air
- Stamina sangat penting
Setakat ni dulu dari aku,
Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Emel : dfakmal86@gmail.com
Laman Web : https://dzulfadliakmal.com/
Laman FB : https://www.facebook.com/dzulfadliakmalphotography