Projek Tepi : Farhani & Hanafiah

Salam dan selamat sejahtera. Apa yang aku sedar setakat ni adalah bukan senang nak cari orang untuk photoshoot percuma. Pelik kan? Mungkin sebab aku bukan jurugambar mahal-mahal kot. Well, ada ke jurugambar mahal bagi photoshoot percuma? Yang lagi menghairankan, bila aku cakap tempat adalah terhad baru la ramai yang nak mesej aku. Manusia memang suka benda percuma yang terhad je nampaknya. Aku akan cuba ingat benda ni untuk masa depan šŸ˜‰

pre-wed tasik bukit cahaya sri alam

Kali ni aku ambil gambar orang yang aku jumpa pada tahun 2007. Farhani ni kawan kepada kawan aku Ejan. Aku jumpa dia waktu family day Kolej Dato’ Onn. Waktu tu tak bertegur sapa pun. Sekarang baru ada peluang nak berborak.

IMG_4458_xwtrmrk

Kali ni aku berpeluang shoot di Bukit Cahaya Sri Alam. Lokasi dan basikal semuanya idea Farhani. Aku cuma merealisasikan je. Memandangkan ini pertama kali aku datang sini, aku sangat la tak bersedia. Dari segi logistik dan kecergasan. Aku patut lebih bersedia memandangkan nama tempat ni bermula dengan “Bukit”.

pre-wed tasik bukit cahaya sri alam

Kepada sesiapa yang nak shoot kat sini sila bawak air minum. Rookie mistake. Tapi yang bestnya, aku dapat cuba teknik panning yang biasa guna untuk ambil gambar sukan kereta atau motor. Memang seronok dan teringin nak cuba lagi. Terima kasih Azhar Radzi sebab bagi pinjam kamera. Aku sangat perlukan frame per second tu šŸ™‚

pre-wed tasik bukit cahaya sri alam

Perjalanan kitorang tak berakhir kat sini. Bila dah tengahari kitorang kena pulangkan basikal dan buat keputusan untuk ke Tasik Shah Alam pulak.

pre-wed tasik bukit cahaya sri alam

Kat tasik kitorang sambung lagi sampai pukul 2 lebih camtu. Dapatkan shot dengan props yang diorang bawak. Memang penat kali ni tapi sangat seronok.

IMG_4700_xwtrmrk IMG_4710_xwtrmrk IMG_4728_xwtrmrk Save The Date_xwtrmrk

Apa yang aku belajar dari sesi kali ni?

  • Sketching sangat membantu tapi kena belajar disiplinkan diri untuk ikut sepenuhnya..hehe
  • Aku kena belajar ambil gambar filler lebih banyak. Contohnya gambar detail basikal dan lokasi
  • Aku kena belajar visualize sesi ni lebih lagi waktu cari idea. Sebab banyak gak idea keluar masa aku tengah edit gambar.
  • Manusia perlukan air
  • Stamina sangat penting

Setakat ni dulu dari aku,

Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Emel : dfakmal86@gmail.com
Laman Web : https://dzulfadliakmal.com/
Laman FB : https://www.facebook.com/dzulfadliakmalphotography

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s