Salam dan selamat sejahtera.
Dalam post ni aku nak kongsi sikit macamana caranya nak pilih jurugambar.
- Set bajet. Katalah RM1800 untuk Nikah dan Sanding.
- Cari laman jurugambar di FB/IG/google. Nikmati hasil kerja diorang untuk seketika. Senaraikan semua jurugambar yang korang minat.
- Semak harga diorang (biasanya ada dipaparkan. Jika tidak, PM/mesej/emel mereka untuk harga). Sekiranya melebihi bajet, pergi ke jurugambar seterusnya.
- Sekiranya dalam bajet, tanya samada masih available untuk tarikh majlis. Sekiranya dah tak available, pergi ke jurugambar seterusnya.
- Bandingkan semua jurugambar yang available beserta pakej yang ditawarkan. Tapi korang perlu bertindak pantas untuk pastikan jurugambar tu tak disapu orang lain 😉
- Buat tempahan dengan jurugambar yang korang dah pilih. Selesai!
Ok, ini aku tulis secara ringkas je. Untuk orang yang carik last minit. Kalau korang banyak masa lagi, boleh tambah satu step. JUMPA DENGAN PHOTOGRAPHER. Korang boleh fikir sendiri mana cara lebih berkesan untuk cari jurugambar. Ada yang nak cepat, ada yang nak lebih teliti. Untuk berurusan dengan DFA Photography, ini langkah-langkahnya
Senang kan?