Dhiya & Mad

outdoor tasik biru kundang

Salam dan selamat sejahtera. Hari ni majlis nikah dan sanding Dhiya kat Kundang. Dia ni kawan Ara. Ingat lagi Ara & Zam? Diorang la klien pertama aku bulan Mei lepas. Waktu tu Dhiya single lagi rasanya..hehe

IMG_4598IMG_0272 IMG_0284

Majlis nikah diadakan di Masjid Nurul Yaqin berdekatan rumah pengantin perempuan. Kali ni aku dengan 2 orang adik aku pasal aku tak berapa sihat. Tapi aku tolong pantau dan sesekali aku ambil alih gak bila tak sakit sangat. Lepas nikah diorang terus berjalan ke dewan yang berhampiran. Tak ada kompang tak ada rombongan apa. Jalan berlenggang je diorang. Serius sempoi.

Waktu dalam dewan hujan lebat gak la. Aku dah risau dah takleh nak keluar outdoor. Alhamdulillah waktu nak pergi outdoor hujan dah reda. Kitorang pergi area tasik. Kesian abang yang tengah memancing. Ikan lari pasal kitorang bising..huhu. Ampun bang. Air tasik tengah tak lawa sangat masa tu jadi aku lebihkan gambar kat celah lalang. Warna baju diorang pun memang menyerlah bila background hijau.

outdoor tasik biru kundang outdoor tasik biru kundang outdoor tasik biru kundang outdoor tasik biru kundang outdoor tasik biru kundang

Diorang ni antara manusia paling sempoi pernah aku jumpa setakat ni. Senang betul kerja dengan diorang. Semoga aku jumpa lebih ramai klien macam ni..hehe

Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah SWT juga menganugerahkan barakah atasmu. Dan, semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan

Setakat ni dulu dari aku,

Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Emel : dfakmal86@gmail.com
Laman Web : https://dzulfadliakmal.com/
Laman FB : https://www.facebook.com/dzulfadliakmalphotography

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s