Salam dan selamat sejahtera. Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama aku buat shoot untuk T-Shirt. Biasanya buat majlis-majlis je. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sekurang-kurangnya dah ada pengalaman nak uruskan sesi macam ni 😉
Klien kali ni adalah Syarikat Rumah Hijau. Diorang dalam proses nak lancarkan line T-Shirt diorang, Nostalgia. Untuk sesi ni aku ambil gambar untuk Play Series. Jadi design T-Shirt adalah gasing, congkak, selipar tiga, basikal tua dan wau. Cool kan?

Lokasi penggambaran ni kat Shah Alam. Bos rumah hijau, En. Izwan yang uruskan talent dan idea untuk sesi ni. Aku cuma merealisasikan menggunakan pengalaman dan peralatan (beserta tentera) yang aku ada. Aku bawak 2 orang adik aku dan sorang kakak aku untuk tolong..heheh.
Follow IG diorang untuk maklumat lanjut tentang T-Shirt ni
***
Setakat ni dulu dari aku,
Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Emel : dfakmal86@gmail.com
Laman Web : https://dzulfadliakmal.com/
Laman FB : https://www.facebook.com/dzulfadliakmalphotography