Salam dan selamat sejahtera. Kali ni aku ditugaskan ambil gambar majlis aqiqah dan juga majlis sambutan ulang tahun kelahiran. Seronok ambil gambar budak-budak ni. Tapi kena berjaga-jaga takut terlanggar budak dengan kamera..huhu. Diorang kan suka main lari-lari. Lepas tu kena jaga-jaga dengan tangan-tangan yang sentiasa nak pegang kamera. Bukan tak bagi pegang. Cuma tak nak bagi pegang lens je. Jenuh nak bersihkan oi ๐
Kerja kali ni dekat je. Satu taman. Boleh nak naik basikal, tapi maleh lak nak kayuh sambil bawak kamera berat-berat. Jadinya, kereta la jugak. Majlis aqiqah biasanya mula dengan berzanji dan marhaban lepas tu baru cukur jambul. Waktu ni la banyak kejadian yang berlaku. Hehe. Biasala baby kadang-kadang tengah tidur, tengah lapar ke. Pastu orang duk potong rambut dia.
Majlis aqiqah biasanya rasa lambat je berlalu. Tapi bila sampai part cukur jambul ni, kejap je selesai. Sebab tu kena peka waktu ni. Kena ikut baby pusing keliling untuk cukur jambul. Kebiasaannya jurugambar perlu ada Ultra Wide lens untuk kerja-kerja indoor. UWA juga sangat berguna kalau tiba-tiba ramai orang waktu cukur jambul sampai takleh nak amik gambar dari sudut biasa. Lens potret satu lagi lens penting untuk majlis ni. Supaya dapat ambil gambar close up ๐
Gambar baby kalau waktu biasa memang comel. Tapi gambar waktu menangis aku rasa penuh emosi. Bukan la aku nak suruh dia nangis sepanjang masa. Jenuh lak mak dia nak pujuk. Cuma jangan letak kamera kalau diorang mula menangis. Waktu ni la nak dapat gambar yang penuh feel.
Gambar yang wajib ada mestilah gambar baby dan adik beradik, pastu dengan mak ayahnya.
Aku masih baru lagi dalam fotografi ni. Gambar untuk Majlis Aqiqah pun tak banyak lagi. Tapi setiap kali dapat job aku cuba perbaiki apa yang kurang. Kadang-kadang tu dah baiki yang ini, yang itu pulak tak elok..huhu. Itu la nasib seorang jurugambar setahun jagung macam aku. Semoga aku terus diberi peluang untuk belajar.
Setakat ni dulu dari aku,
Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Emel : dfakmal86@gmail.com
Laman Web : https://dzulfadliakmal.com/
Laman FB : https://www.facebook.com/dzulfadliakmalphotography