Salam dan selamat sejahtera. Harini nak kongsi sikit majlis pernikahan 2 pengantin ni. Pengantin perempuannya adalah adik kepada isteri sepupu aku. Faham? Hehe. Kiranya adik ipar sepupu aku la senang citer. Masa sepupu aku kawin dulu aku belum jadi jurugambar lagi. Cuma amik saje-saje je. Kali ni aku diberi peluang untuk ambil gambar majlis adik ipar dia pulak.
Majlis ni diadakan sebelah malam di rumah ibubapa pengantin perempuan di Rasa, Kuala Kubu Bharu. Waktu aku menaip ni baru aku teringat aku ni lahir kat KKB. Haha. Lupa daratan sungguh. Mungkin sebab lepas aku lahir, mak dan ayah aku bawak pindah ke Banting. Jadi aku membesar dari segi umur dan saiz di Banting tercinta. Majlis waktu malam sangat mencabar. Waktu ni la terasa pentingnya ada cahaya matahari..huhu.. Tapi aku suka majlis di rumah sebab kebiasaannya semua orang duduk rapat dan aku boleh muatkan kebanyakannya dalam gambar aku.
Ada majlis yang straight to the point. Sampai, baca-baca apa yang patut terus nikah. Kali ni pengantin kena soal jawab lak. Aku yang cemas. Pengantin rilek je jawab semua soalan. Nampak sangat aku tak bersedia lagi..hehe.
Pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, menambahkan lagi feel majlis. Paling syahdu bila saat bapa pengantin menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada suaminya, ucapan terima kasih dari anak perempuan dan penerimaan tanggungjawab dari pengantin lelaki. Majlis aku nanti aku kot yang menangis. Aku ni badan je beso. Huhu…
Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah SWT juga menganugerahkan barakah atasmu. Dan, semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan
Setakat ni dulu dari aku,
Dzul Fadli Akmal Bin Dzul-Kifli
Emel : dfakmal86@gmail.com
Laman Web : https://dzulfadliakmal.com/
Laman FB : https://www.facebook.com/dzulfadliakmalphotography