Terma dan Syarat Peraduan Gift Card Raya

TIADA PEMBELIAN PERLU DIBUAT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI. SEBARANG PEMBELIAN TIDAK AKAN MENAMBAH PELUANG ANDA UNTUK MENANG.

1. Maklumat pertandingan : Peraduan ini dibuka dari 10 Julai 2015 sehingga 1 Ogos 2015. Proses upload dan vote berjalan serentak. Dengan menyertai peraduan ini, peserta menerima dan bersetuju dengan terma, syarat dan keputusan penganjur (DFA Photography) . Penganjur bertanggungjawab dalam semua proses sepanjang peraduan. Sekiranya ada masalah atau persoalan, sila hubungi penganjur.

2. Syarat penyertaan : Menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. Saudara mara DFA Photography tidak layak untuk menyertai peraduan ini. Peserta perlu LIKE post peraduan dan komen menggunakan gambar keluarga/pasangan. Hanya 1 gambar dan komen sahaja dibenarkan untuk setiap akaun. Penganjur berhak menolak penyertaan yang dirasakan tidak sesuai.

3. Hadiah & Pemilihan pemenang : Pemenang akan dipilih melalui jumlah LIKE paling banyak. 1 giftcard untuk dimenangi untuk setiap 10 penyertaan. Bermakna 5 giftcard sedia untuk dimenangi sekiranya penyertaan melebihi 50.

1-10 penyertaan : 1 gift card sahaja untuk dimenangi
20 penyertaan : 2 gift card
30 penyertaan : 3 gift card
40 penyertaan : 4 gift card
50 penyertaan atau lebih : 5 gift card untuk dimenangi!

Pemenang akan diminta untuk menghantar PM ke laman FB penganjur untuk tujuan pengesahan dan penghantaran hadiah. Pemenang akan diumumkan pada 1 Syawal dan akan diberikan masa seminggu untuk mengesahkan maklumat.

4. Privasi : Semua peserta mengakui sekiranya mereka terpilih sebagai pemenang, maklumat seperti nama, bandar tempat tinggal atau yang berkaitan akan digunakan sekurang-kurangnya untuk penyiaran senarai pemenang.

5. Penganjur : Peraduan ini dianjurkan sepenuhnya oleh Dzul Fadli Akmal Photography yang beroperasi di Banting, Selangor.

6. Penafian : Dengan menyertai peraduan ini peserta melepaskan Facebook sepenuhnya dari sebarang liabiliti yang berhubungkait dengan peraduan ini. Peserta juga mengakui dan faham bahawa mereka memberikan maklumat kepada penganjur dan bukan kepada Facebook. Peraduan ini tidak ditaja, disokong, ditadbir dan tidak berkaitan sama sekali dengan Facebook.

Tinggalkan komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s